Saturday, May 8, 2010

hari-hari

mentari terbit panas terasa
bangun lagi hari ini
hari apa tahun bila masa mana
bingung seketika
fikiran entah kemana

berjalan lagi keliling dunia
apa yang terlihat hanya sama
tidak berubah malah makin teruk
pencemaran yang pelbagai
penipuan yang dipercaya

berjalan lagi entah dimana
sesat katanya aku tidak percaya
bumi yang sfera memberi makna
sejauh mana dan kemana
tetap berjumpa rumahku yang berwarna

kembali dijalanan
habiskan masa ambil peluang
sejauh mana berjalan tetap pada kaki sendiri
hanya aku berusaha teruskan hidup

No comments:

Post a Comment