Monday, May 17, 2010

kerja rempit

tengok jer kat kerete ni takde la truk sangat...tapi mat rempit yang langar tu patah tulang banyak gak...

Monday, May 10, 2010

JINX....

di malam yang bertemakan sunyi
aku mendengar lagu greenday
kisah kehidupan yang sering berlaku
menghayati setiap yang berlalu

kehidupan yang penuh perasaan
penuh halangan di setiap liku kehidupan
ada yang berbabas dan ada yang bebas
tapi tidak semua dijamin selamat segalanya

langkahlah dengan penuh berani
setiap yang berlaku amat menakutkan
tak sanggup menghadapinya sendiri
tapi itulah yang perlu kita teruskan

kesilapan akan sentiasa berlaku
risikonya perlu dilalu
mengajar aku kehidupan lalu
supaya tidak di ulang ia berlaku

mengejar erti kehidupan
hati-hati agar tidak keterlaluan
setiap undang-undang dan peraturan
janganlah leka untuk dilupakan...

castaway (orang tak berguna)

dalam perjalanan hidup yang entah kemana
perjalanan yang penuh perasaan
perjalanan yang tidak akan berpatah balik
tidak akan toleh ke belakang atau ke bawah

selalu ada yang membantah dalam fikiran
tidak perlu dihiraukan sangat
teruskan berjalan dan ambil apa yang milik kita
usah hiraukan apa kata mereka
itu hak kita.

hidup ini ada misi
tapi misi apa tidak diketahui
pengembaraan hidup yang terasing
entah dimana sekarang
kini hanya sendiri
bersendiri...dalam hidup ini

hilang atau jumpa
masalah atau tidak
tiada siapa yang hirau
langsung tak berguna...

Saturday, May 8, 2010

hari-hari

mentari terbit panas terasa
bangun lagi hari ini
hari apa tahun bila masa mana
bingung seketika
fikiran entah kemana

berjalan lagi keliling dunia
apa yang terlihat hanya sama
tidak berubah malah makin teruk
pencemaran yang pelbagai
penipuan yang dipercaya

berjalan lagi entah dimana
sesat katanya aku tidak percaya
bumi yang sfera memberi makna
sejauh mana dan kemana
tetap berjumpa rumahku yang berwarna

kembali dijalanan
habiskan masa ambil peluang
sejauh mana berjalan tetap pada kaki sendiri
hanya aku berusaha teruskan hidup

gila ketakutan

hidupku ada misi
lihat dalam cermin
lihat dengan nyata
ada orang jahat dalam diri

memori dihujung jari
tidak dapat melupakan diri kamu
bila kau bersikap nakal
aku tepuk tangan dan lihat
siapa hormat atau tabik?
tiada siapa yang peduli
kesian...

dia tak sakit, tapi tidak sihat
dia sangat HOT, sebab dia dalam neraka
aku berjalan dalam dunia
hanya berjumpa orang bodoh yang masih bernafas

dia hanya kerdil dan selalu mengharap
aku tidak punyai TV sendiri
campakkan dia ke hospital kerana terlalu berdebar
mereka akan lakukan
beritahu semua yang dia gila
mereka potong kakinya
sekarang jadi kudung
cilakak kamu yang potong..
kesian....

aku nak beri pandangan
yang marah terhadap teknologi
mereka suruh aku tindik di lidah
tidak sakit dan rasa selesa
tapi aku tengok dia tidak berapa selesa
aku nak hentikan masa
untuk hapuskan minda

terdengar suara dalam kepala
bunyinya macam orang berdengkur
kalau kamu bosan, kamu akan bosan
sindiran itu membunuh aku...

too late

you may start now to begin
what i know, its already begun
you say stop it before it too late
but its already too late.

to know you is to hate you
loving you must be like suicide
and i dont mind if you dont mind
cuz i'm not the one that going to die

i guess i just can't lisen
in this one side conversation again
i don't care if you don't care
no one ever said that this life is fair

every body loves the joke
but not one likes a fool
you always cracking the same old lines again
you're well rehearsed on every verse
and that was stated clear
but no one understands your verity

The center of attention
got an honorable mention once again
congratulations and salutations
you're a figment of your own imagination

To know you is to bait you
and you fell victim to your own denial
I don't mind if you don't mind
if you're wasting all your time

Monday, May 3, 2010

secebis kehidupan

aku cuba untuk sempurna
tapi tidak mampu melaksana
aku tidak pernah percaya aku nyata
aku sangka ia senang tapi tiada siapa percaya
yang dimaksudkan apa yang aku kata

jika kau precaya jiwa aku
aku akan ucapkan segala perkataan yang aku tahu
hanya melihat jika ia tidak muncul
aku ingin kau tahu
yang aku lebih baik dengan cara aku

tempat ini begaikan kosong
aku rasa sangat teruja
aku tidak tahu bahawa ianya teruk
kadang-kala ia begitu gila
tiada apa yang dapat selamatkan aku
tapi kehidupan ini satu-satunya yang aku ada

aku telah cuba menjadi sempurna
tapi manusia kata tiada apa yang sempurna
tiada apa pun yang salah
agak sukar mengenali aku
kehidupan yang tidak pernah mudah
telah aku ketahui sejak dulu lagi...